ImTech Innovations

Terma & Syarat

Berkuat kuasa untuk semua tempahan ImbasAR (Kad AR & ImbasAR Bisnes).

1. Tempoh siap (SLA)

ProdukTempoh siap
Kad AR (Basic & Plus)3 hari bekerja selepas bahan lengkap diterima
Kad AR Premium48 jam selepas bahan lengkap diterima
ImbasAR Bisnes (SME)5–7 hari bekerja selepas bahan lengkap diterima

“Bahan lengkap” bermaksud fail reka bentuk akhir (kad/label/poster), video akhir, teks dan pautan butang tindakan, serta bayaran (penuh untuk Kad AR; deposit 50% untuk SME). Hari bekerja ialah Isnin–Jumaat, tidak termasuk cuti umum.

2. Revisi

  • Bilangan revisi mengikut pakej: Basic/Starter 1 kali, Plus/Business 2 kali, Premium/Campaign 3 kali.
  • Revisi meliputi pelarasan kedudukan/saiz video, teks, butang tindakan dan tetapan imbasan.
  • Penukaran reka bentuk kad/label selepas fail .mind dijana, atau penukaran video sepenuhnya, dikira sebagai kerja baharu dan boleh dikenakan caj tambahan.
  • Revisi tambahan boleh dibuat dengan caj yang dimaklumkan lebih awal.

3. Tempoh hosting

  • Kad AR (Basic, Plus, Premium): 12 bulan.
  • ImbasAR Bisnes: Starter 6 bulan; Business dan Campaign 12 bulan.
  • Tempoh bermula dari tarikh pautan akhir diserahkan. Peringatan akan dihantar sebelum tamat; hosting boleh dilanjutkan dengan caj yang dimaklumkan.
  • Selepas tamat tempoh tanpa lanjutan, pautan akan memaparkan mesej tamat dan fail video boleh dipadam.

4. Bayaran

  • Kad AR: bayaran penuh semasa tempahan.
  • ImbasAR Bisnes: deposit 50% untuk mula kerja; baki 50% sebelum pautan akhir diserahkan.

5. Polisi refund

  • Sebelum kerja bermula: refund penuh (100%) bagi jumlah yang telah dibayar.
  • Selepas kerja bermula: refund diberikan selepas ditolak nilai kerja yang telah dibuat (contohnya penyediaan fail target, suntingan video, persediaan hosting). Anggaran nilai kerja akan dimaklumkan secara bertulis.
  • Selepas pautan akhir diserahkan dan diterima: kerja dianggap lengkap. Sekiranya pautan tidak berfungsi kerana masalah di pihak kami, kami akan membaikinya tanpa caj; jika tidak dapat dibaiki, refund setimpal akan dipertimbangkan.
  • Permohonan refund dibuat melalui WhatsApp atau e-mel dan diproses dalam 7 hari bekerja.

6. Kandungan & keserasian

  • Pelanggan bertanggungjawab memastikan hak penggunaan gambar, video dan muzik yang dihantar.
  • Kami boleh menolak kandungan yang menyalahi undang-undang atau tidak sesuai.
  • WebAR bergantung pada kamera, cahaya dan pelayar telefon. Butang “Tonton tanpa AR” disediakan supaya video sentiasa boleh ditonton walaupun peranti tidak serasi.
  • Kualiti pengesanan bergantung pada reka bentuk kad/label; reka bentuk yang terlalu kosong atau berulang mungkin sukar diimbas — kami akan memaklumkan jika perlu dilaraskan.

7. Privasi foto & potret AI

  • Foto yang dihantar hanya digunakan untuk menjana potret AI dan jemputan digital pelanggan berkenaan.
  • Foto asal dipadam daripada simpanan kami 14 hari selepas jemputan diterbitkan.
  • Potret AI berinspirasikan wajah pelanggan, bukan salinan 100%. Wajah, tudung, pakaian dan aurat dikekalkan seperti foto asal; potret yang tidak memenuhi syarat ini akan dijana semula.
  • Data RSVP disimpan dalam Google Sheet khusus untuk pasangan berkenaan dan dikongsi hanya dengan pasangan tersebut.

8. Lagu

Hanya lagu bebas royalti daripada katalog kami digunakan. Lagu berhak cipta tidak akan dimuatkan kecuali pelanggan membuktikan pemilikan lesen.

9. Hubungi kami

ImTech Innovations (SSM 202403257722)
WhatsApp: +60 11-2873 0150
E-mel: imans9715@gmail.com