Tempah Kad AR

Sediakan bahan anda

Siapkan senarai di bawah, kemudian isi borang tempahan. Lebih lengkap bahan, lebih cepat kad anda siap.

  1. Butiran majlis

    Nama penuh pengantin & ibu bapa (penganjur), tarikh, masa mula & tamat, atur cara, nama dewan/rumah, alamat penuh & pin lokasi (Google Maps/Waze), had pax setiap jemputan, tarikh akhir RSVP, serta 1–2 nombor WhatsApp wakil.

  2. Video

    Video pre-wedding, montaj gambar atau ucapan — MP4, mendatar atau menegak, 30 saat hingga 3 minit (ikut pakej). Hantar fail asal (bukan dari WhatsApp yang dimampatkan) melalui Google Drive.

  3. 3–5 foto berbusana (Plus & Premium)

    Foto jelas pasangan dalam busana pengantin/tema — wajah menghadap kamera, cahaya terang, tidak bertapis berat. Digunakan untuk potret AI yang mengekalkan wajah, tudung, pakaian dan aurat seperti foto asal. Premium: sertakan sehingga 10 foto untuk galeri.

  4. QR DuitNow / akaun bank (Plus & Premium)

    Tangkap layar QR DuitNow dari aplikasi bank, nama bank, nama pemegang akaun dan no. akaun untuk seksyen salam kaut.

  5. Pilihan lagu (Plus & Premium)

    Pilih satu daripada katalog lagu bebas royalti kami (akustik romantik, tradisional moden atau nasyid instrumental). Lagu berhak cipta (lagu artis/komersial) tidak boleh digunakan.

  6. Reka bentuk kad

    Fail kad akhir (PDF/PNG/JPG resolusi tinggi) yang akan dicetak atau dikongsi — ini menjadi imej yang diimbas. Elakkan latar kosong atau corak yang terlalu berulang.

  7. Persetujuan penggunaan foto

    Anda mengesahkan memiliki hak atas foto & video yang dihantar, bersetuju foto digunakan untuk menjana potret AI dan dipaparkan dalam jemputan digital, dan memahami foto asal akan dipadam 14 hari selepas jemputan diterbitkan. Potret AI berinspirasikan wajah anda, bukan salinan 100%.

Isi Borang Tempahan Tanya di WhatsApp

Dengan menempah, anda bersetuju dengan Terma & Syarat kami.